KEMBARA HIDUP HARIS
Sunday, October 30, 2011
Ha Long Bay ...
Kembara Haris dan keluarga ke Ha Long Bay , Vietnam pada Disember 2010 sangat menyeronokkan..Perjalanan dari Hanoi ke Ha Long Bay sejauh 170 km itu, membolehkan ahli rombongan dengan Myzarra Travel & Tours berehat. Si kenit, Aisyah dan Attiyah saja yang berbual dalam bahasa sendiri sepanjang perjalanan..
Umpama lukisan syurga dunia..itulah keajaiban ciptaan Allah sebaik tiba di jeti Ha Long Bay untuk menaiki bot persiaran ala zaman dinasti Ming..jarang sekali group dari Malaysia bermalam dalam kapal mewah itu, kami bernasihb baik kerana bos Myzarra, Cik Zawati suggest supaya kami bermalam dalam kapal.
Antara aktiviti, menaiki bot kecil melawat gua dan menaiki bukit, mandi laut, selepas subuh aktiviti tai chi atas dek kapal, menaiki bot kecil melawat perkampungan nelayan...memang best...ada umur ada rezeki boleh pegi lagi...tempat yang mendamaikan....
Labels:
Kembara..
Location:
Ha Long Bay, Vietnam
Sunday, September 11, 2011
Yayasan Sau Seng Lum (SSL)
Kami diperkenalkan dengan Yayasan Sau Seng Lum di Bukit Puteri Puchong, Selangor oleh pegawai Perkeso ketika dalam pencarian mencari tempat untuk Haris menjalani terapi. Alhamdulilah, hasil terapi fisio dan terapi cara kerja selama hampir setahun setiap hari yang dibiayai PERKESO, Haris menunjukkan perkembangan positif misalnya sudah boleh memakai baju sendiri.Lebih menarik ialah menerusi SSL, Haris bertemu rakan-rakan baru yang sangat baik.Setiap hari pada 2009 hingga 2011, Haris dan kak Ijan berulang ke Punchong setiap hari.Antara aktiviti, senaman kaki, senaman tangan, menyusun bantal kecil, memasukkan paku dalam papan dan macam2 lagi.
Setiap tahun, SSL akan mengadakan aktiviti untuk patient dan family..Antaranya pertandingan karaoke (Haris menang nombor 3) dan sukaneka ala orang istimewa. Memang best n meriah. Last selepas dapat hadiah ada jamuan vegetarian meal. Selalunya, Kak Ijan masak bihon taucu n tempah cupcake Kak Hawa (dimplecupcake.blogspot)...Walaupun kini, Haris tidak lagi ke SSL tetapi SSL tetap di hati dan ada kala pihak SSL akan jemput Haris untuk join aktiviti depa,..,memang best...Thanks SSL....
Labels:
Terapi
Kelas memasak Unit Terapi Cara Kerja HUKM
Haris khusyuk potong carrot
Sejak balik ke Kajang dari Kota Bharu pada akhir 2007, Haris terus check in jadi anggota Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Maka, berulanglah ke HUKM pada awalnya setiap hari untuk kelas fisio di bawah Fazdlilah. Selepas habis beberapa bulan sambung pula kelas Terapi Cara Kerja bawah Nasrah...mula-mula setiap hari kelas...lama-lama makin kurang...kini dua kali seminggu...Lebih menarik sekali sebulan ada kelas memasak yang disertai makcik2 pesakit strok n nuero macam Haris.Tiap bulan ada resipi baru yang best. Walaupun depa ni ada kekurangan dari segi fizikal tetapi bakat memasak mengalahkan kita yang sempurna..memang seronok kelas memasak ni..Mudah-mudahan usaha murni kakitangan HUKM terutama dari Unit Terapi Cara Kerja dan Terapi Fisio sentiasa diberkati Allah dan terus dapat membantu golongan istimewa macam En Haris ini...
Labels:
Terapi
Wednesday, October 6, 2010
Sungai Klah Hotsprings, Sungkai, Perak
Jakuzi air panas di villa Felda Residence Sg Klah
Haris merendam kaki sambil minum air kosong
Kak Izan rebus telur untuk sarapan
Antara terapi yang digunakan untuk proses pemulihan saraf Haris adalah merendamkan badannya di air panas yang kaya dengan belerang.
Lazimnya, kami akan bawa Haris ke Sungai Serai Hulu Langat selepas solat Subuh. Rendamkan kaki hingga pinggangnya selama 15 minit kemudian siram dengan air panas dari telaga berdekatan.
Menurut pengujung setia kolam air panas Sungai Serai, mandi air panas setiap pagi mampu memberikan kesegaran dan merangsangkan saraf serta boleh membantu memulihkan anggota yang lemah. Tetapi lepas mandi di kolam air panas kene minum banyak air kosong.
Minggu lalu, kami berpeluang ke Sungai Klah, Sungkai, Perak. Dikatakan kawasan Sungai Klah adalah kawasan lingkungan air panas yang terbesar di Semenanjung dan yang paling bertuah adalah Felda kerana tanah itu milik agensi itu.
Menurut Pak Said, orang kuat Felda Residence Sungai Klah, pesakit yang lumpuh dan pelbagai penyakit sering ke sana untuk merendam dan dengan izin Allah, mereka yang bertongkat atau berkerusi roda boleh berjalan semula selepas beberapa kali ke berendam di air panas itu.
Keistimewaan Sungai Klah ini bukan hanya ada air panas tetapi ada juga algae yang katanya boleh mencantikkan kulit.
Tempatnya, tidak berapa jauh dari Kuala Lumpur dalam sejam lebih perjalanan. Kemudahan, permandangan dan penginapan bertaraf world class....
Haris bersama Pak Said, orang kuat Sungai Klah Hotspring
Jangan lupa bawa telur mentah
Labels:
Terapi
Thursday, September 23, 2010
Syawal datang lagi...
Alhamdulilah tahun ini Haris puasa penuh..tahun lepas ada tinggal tiga hari kerana tidak sihat.
Tapi berjaya ganti, Alhamdulilah.
Tahun ini, Haris beraya di Kuantan seperti tahun-tahun sebelum ini. Petang raya pertama di Hospital Kuantan kerana maklong Haris demam dah seminggu. Doktor muda yang penuh dedikasi merawat maklong Haris walaupun hanya ditempatkan di garaj lori. Ramai patient denggi so Hospital Besar Kuantan terpaksa dirikan khemah di luar dan doktor merawat pesakit dalam garaj lori.
Pagi raya kedua, Haji Ibrahim bapa Haris pulak masuk hospital coz jangkitan prostat n balik ke rumah dengan beg kencing di pinggang.
Raya ketiga kami mencuba jalan baru dari Kuantan melalui Genting Sempah ke Batang Kali n terus ke Tanjung Malim before ke Sungai Besar ikut Felda Gedangsa. Berjam2 baru sampai..nasib Haris boleh bertahan walaupun penat.
Raya ketujuh, kami terbang ke KB dan sewa kereta pergi wedding anak Kak Ros, staff BH. Tiga hari di KB umpama mengimbau kenangan manis n pahit. Haris sangat gembira dan ada beberapa tempat yang masih diingatinya seperti Snow Car Wash di sebelah Hotel Sutera Inn, workshop Sri Handy Jalan Kuala Krai dan White House.
Pokne, Mek Sue, Cik Pah, Mimi, Fathil, Syamsi, Yul, Fiha....pertemuan yang bermakna bagi kami...
| Sushi by Makteh, pic sushi by Makcu |
| Bunga kantan penghias di Aidilfitri |
Alhamdulilah tahun ini Haris puasa penuh..tahun lepas ada tinggal tiga hari kerana tidak sihat.
Tapi berjaya ganti, Alhamdulilah.
Tahun ini, Haris beraya di Kuantan seperti tahun-tahun sebelum ini. Petang raya pertama di Hospital Kuantan kerana maklong Haris demam dah seminggu. Doktor muda yang penuh dedikasi merawat maklong Haris walaupun hanya ditempatkan di garaj lori. Ramai patient denggi so Hospital Besar Kuantan terpaksa dirikan khemah di luar dan doktor merawat pesakit dalam garaj lori.
Pagi raya kedua, Haji Ibrahim bapa Haris pulak masuk hospital coz jangkitan prostat n balik ke rumah dengan beg kencing di pinggang.
Raya ketiga kami mencuba jalan baru dari Kuantan melalui Genting Sempah ke Batang Kali n terus ke Tanjung Malim before ke Sungai Besar ikut Felda Gedangsa. Berjam2 baru sampai..nasib Haris boleh bertahan walaupun penat.
Raya ketujuh, kami terbang ke KB dan sewa kereta pergi wedding anak Kak Ros, staff BH. Tiga hari di KB umpama mengimbau kenangan manis n pahit. Haris sangat gembira dan ada beberapa tempat yang masih diingatinya seperti Snow Car Wash di sebelah Hotel Sutera Inn, workshop Sri Handy Jalan Kuala Krai dan White House.
Pokne, Mek Sue, Cik Pah, Mimi, Fathil, Syamsi, Yul, Fiha....pertemuan yang bermakna bagi kami...
| Haris sarapan di White House, antara kedai kopi tertua di Kota Bharu |
| Haris beraya di rumah Wan di Sungai Besar, Sabak Bernam |
Tuesday, August 24, 2010
Mukadimah...Mohd Haris Fadzlilah Ibrahim
Haris di taman bunga Grand Paris Mosque
Inilah hasilnya....
Blog ini didedikasikan kepada seorang insan istimewa, Mohd Haris Fadzlilah Ibrahim atau nama glamernya, Haris.
Haris bukan hanya suami tercinta tetapi juga sahabat baik saya. Beliau adalah orang istimewa atau sesetengah pihak menyebutnya Orang Kurang Upaya (OKU). Sebelum 2007, Haris adalah seorang lelaki yang normal, kacak, cool n pendiam serta berbakat dalam fotografi (kejenya sebagai fotografer profesional).
Tetapi takdir mengatasi segalanya... segala-galanya hanyalah pinjaman seketika oleh Maha Pencipta.
Jam 5.15 petang pada 12 Februari 2007, Allah menarik semua nikmat itu dan memberi kehidupan baru kepada Haris.
Pendek cita, Haris menjadi pesakit nuero (pecah kepala - istilah orang kampung tapi sebenarnya retak di left frontal lope (tengkorak depan dibubuh sembilan besi) selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Chegar Perah, Kuala Lipis. 3 mati dalam kejadian itu, manakala Haris koma berminggu, berkampung di hospital HUSM berbulan, hilang semua kudrat badan bertahun dan kini terus menjalani kehidupan dengan lebih tenang.....
Subscribe to:
Posts (Atom)