Kembara Haris yang baru....


Sunday, September 11, 2011

Yayasan Sau Seng Lum (SSL)








Kami diperkenalkan dengan Yayasan Sau Seng Lum di Bukit Puteri Puchong, Selangor oleh pegawai Perkeso ketika dalam pencarian mencari tempat untuk Haris menjalani terapi. Alhamdulilah, hasil terapi fisio dan terapi cara kerja selama hampir setahun setiap hari yang dibiayai PERKESO, Haris menunjukkan perkembangan positif misalnya sudah boleh memakai baju sendiri.Lebih menarik ialah menerusi SSL, Haris bertemu rakan-rakan baru yang sangat baik.Setiap hari pada 2009 hingga 2011, Haris dan kak Ijan berulang ke Punchong setiap hari.Antara aktiviti, senaman kaki, senaman tangan, menyusun bantal kecil, memasukkan paku dalam papan dan macam2 lagi.
Setiap tahun, SSL akan mengadakan aktiviti untuk patient dan family..Antaranya pertandingan karaoke (Haris menang nombor 3) dan sukaneka ala orang istimewa. Memang best n meriah. Last selepas dapat hadiah ada jamuan vegetarian meal. Selalunya, Kak Ijan masak bihon taucu n tempah cupcake Kak Hawa (dimplecupcake.blogspot)...Walaupun kini, Haris tidak lagi ke SSL tetapi SSL tetap di hati dan ada kala pihak SSL akan jemput Haris untuk join aktiviti depa,..,memang best...Thanks SSL....

Kelas memasak Unit Terapi Cara Kerja HUKM


Haris khusyuk potong carrot


                                    







Sejak balik ke Kajang dari Kota Bharu pada akhir 2007, Haris terus check in jadi anggota Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Maka, berulanglah ke HUKM pada awalnya setiap hari untuk kelas fisio di bawah Fazdlilah. Selepas habis beberapa bulan sambung pula kelas Terapi Cara Kerja bawah Nasrah...mula-mula setiap hari kelas...lama-lama makin kurang...kini dua kali seminggu...Lebih menarik sekali sebulan ada kelas memasak yang disertai makcik2 pesakit strok n nuero macam Haris.Tiap bulan ada resipi baru yang best. Walaupun depa ni ada kekurangan dari segi fizikal tetapi bakat memasak mengalahkan kita yang sempurna..memang seronok kelas memasak ni..Mudah-mudahan usaha murni kakitangan HUKM terutama dari Unit Terapi Cara Kerja dan Terapi Fisio sentiasa diberkati Allah dan terus dapat membantu golongan istimewa macam En Haris ini...