Kembara Haris yang baru....


Sunday, September 11, 2011

Kelas memasak Unit Terapi Cara Kerja HUKM


Haris khusyuk potong carrot


                                    







Sejak balik ke Kajang dari Kota Bharu pada akhir 2007, Haris terus check in jadi anggota Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Maka, berulanglah ke HUKM pada awalnya setiap hari untuk kelas fisio di bawah Fazdlilah. Selepas habis beberapa bulan sambung pula kelas Terapi Cara Kerja bawah Nasrah...mula-mula setiap hari kelas...lama-lama makin kurang...kini dua kali seminggu...Lebih menarik sekali sebulan ada kelas memasak yang disertai makcik2 pesakit strok n nuero macam Haris.Tiap bulan ada resipi baru yang best. Walaupun depa ni ada kekurangan dari segi fizikal tetapi bakat memasak mengalahkan kita yang sempurna..memang seronok kelas memasak ni..Mudah-mudahan usaha murni kakitangan HUKM terutama dari Unit Terapi Cara Kerja dan Terapi Fisio sentiasa diberkati Allah dan terus dapat membantu golongan istimewa macam En Haris ini...

No comments:

Post a Comment