Kembara Haris yang baru....


Sunday, August 12, 2012

Kerinduan Ramadan....

Haris dan bapa mentua, Haji Ahmad
Haris dikelilingi aweks
                                           
Peta Makkah, Madinah, Malaysia

Rombongan Umrah NSTP 2011

Haris, Pakcik Jusin dan Nazlan di Jeddah 2012

Bab Assalam

Haris, Kak Ijan, Mak n Abah 2011



Haris bersama Uztaz Rajak di Makkah 2012



Beberapa hari lagi Ramadan akan berakhir...Alhamdulilah setakat 23 hari berpuasa, Haris masih mampu berpuasa penuh.
     Rutin Haris bermula jam 4 am...bangun makan sahur ..disebabkan dia makan sangat-sangat slow..makan nasi saja ambil masa sejam,...minum air ambil masa setengah jam..sambil minum air jam 5 am, Haris dengar orang tadarus di RTM 1, start jam 5.30 am. Haris tenguk channel Astro Oasis Indahnya Iman..sehinggalah masuk waktu Subuh...Alhamdulillah..

   Jun 2012, sekali lagi Haris dijemput Allah sebagai tetamu istimewanya. Perjalanan kali ini sangat menarik dan bahagia. Alhamdulilah selama dua minggu menjadi tetamu Allah, Haris sihat dan tiada kena sawan walaupun cuaca mencecah 50 darjah selsius.

  Tips untuk membawa orang istimewa ke Tanah Suci:
  
  • Bawa kerusi roda untuk travelling yang ringan
  • Make sure bawa kerusi roda sendiri hingga ke kabin kerana lapangan terbang terutama di Jeddah lambat untuk mendapatkan kerusi roda airport dan kadang kala tiada langsung
  • Bawa spray air untuk persediaan mengambil wuduk jika terbatal
  • Jangan bawa mereka keluar di waktu panas, misalnya waktu zohor dan asar kerana jika terlalu panas boleh menyebabkan sawan
  • Gunakan air zam zam untuk membasahkan kepala dan muka mereka selain sentiasa beri mereka minum air zam zam
Jangan risau membawa OKU ke Tanah Suci kerana sebenarnya sangat-sangat mudah menguruskan mereka dengan izin Allah.....Mudah-mudahan Haris dan keluarga akan dijemput lagi oleh Allah untuk mengerjakan Haji..Insyallah...