Kembara Haris yang baru....


Wednesday, October 6, 2010

Sungai Klah Hotsprings, Sungkai, Perak


Jakuzi air panas di villa Felda Residence Sg Klah


Haris merendam kaki sambil minum air kosong


Kak Izan rebus telur untuk sarapan


Antara terapi yang digunakan untuk proses pemulihan saraf Haris adalah merendamkan badannya di air panas yang kaya dengan belerang.
Lazimnya, kami akan bawa Haris ke Sungai Serai Hulu Langat selepas solat Subuh. Rendamkan kaki hingga pinggangnya selama 15 minit kemudian siram dengan air panas dari telaga berdekatan.
Menurut pengujung setia kolam air panas Sungai Serai, mandi air panas setiap pagi mampu memberikan kesegaran dan merangsangkan saraf serta boleh membantu memulihkan anggota yang lemah. Tetapi lepas mandi di kolam air panas kene minum banyak air kosong.

Minggu lalu, kami berpeluang ke Sungai Klah, Sungkai, Perak. Dikatakan kawasan Sungai Klah adalah kawasan lingkungan air panas yang terbesar di Semenanjung dan yang paling bertuah adalah Felda kerana tanah itu milik agensi itu.
Menurut Pak Said, orang kuat Felda Residence Sungai Klah, pesakit yang lumpuh dan pelbagai penyakit sering ke sana untuk merendam dan dengan izin Allah, mereka yang bertongkat atau berkerusi roda boleh berjalan semula selepas beberapa kali ke berendam di air panas itu.
Keistimewaan Sungai Klah ini bukan hanya ada air panas tetapi ada juga algae yang katanya boleh mencantikkan kulit.
Tempatnya, tidak berapa jauh dari Kuala Lumpur dalam sejam lebih perjalanan. Kemudahan, permandangan dan penginapan bertaraf world class....



Haris bersama Pak Said, orang kuat Sungai Klah Hotspring




Jangan lupa bawa telur mentah





Thursday, September 23, 2010

Syawal datang lagi...



Sushi by Makteh, pic sushi by Makcu
 
                                               



Bunga kantan penghias di Aidilfitri
 




 


Alhamdulilah tahun ini Haris puasa penuh..tahun lepas ada tinggal tiga hari kerana tidak sihat.
Tapi berjaya ganti, Alhamdulilah.

Tahun ini, Haris beraya di Kuantan seperti tahun-tahun sebelum ini. Petang raya pertama di Hospital Kuantan kerana maklong Haris demam dah seminggu. Doktor muda yang penuh dedikasi merawat maklong Haris walaupun hanya ditempatkan di garaj lori. Ramai patient denggi so Hospital Besar Kuantan terpaksa dirikan khemah di luar dan doktor merawat pesakit dalam garaj lori.

Pagi raya kedua, Haji Ibrahim bapa Haris pulak masuk hospital coz jangkitan prostat n balik ke rumah dengan beg kencing di pinggang.

Raya ketiga kami mencuba jalan baru dari Kuantan melalui Genting Sempah ke Batang Kali n terus ke Tanjung Malim before ke Sungai Besar ikut Felda Gedangsa. Berjam2 baru sampai..nasib Haris boleh bertahan walaupun penat.

Raya ketujuh, kami terbang ke KB dan sewa kereta pergi wedding anak Kak Ros, staff BH. Tiga hari di KB umpama mengimbau kenangan manis n pahit. Haris sangat gembira dan ada beberapa tempat yang masih diingatinya seperti Snow Car Wash di sebelah Hotel Sutera Inn, workshop Sri Handy Jalan Kuala Krai dan White House.

Pokne, Mek Sue, Cik Pah, Mimi, Fathil, Syamsi, Yul, Fiha....pertemuan yang bermakna bagi kami...


Haris sarapan di White House, antara kedai kopi tertua di Kota Bharu



Haris beraya di rumah Wan di Sungai Besar, Sabak Bernam

Tuesday, August 24, 2010

Mukadimah...Mohd Haris Fadzlilah Ibrahim

Haris di taman bunga Grand Paris Mosque

Hajat untuk berblog ini sudah lama terpendam cuma terlalu banyak halangan. Yang paling besar ialah malas...mungkin sudah tiba masa untuk menghilangkan wabak malas itu...

Inilah hasilnya....

Blog ini didedikasikan kepada seorang insan istimewa, Mohd Haris Fadzlilah Ibrahim atau nama glamernya, Haris.

Haris bukan hanya suami tercinta tetapi juga sahabat baik saya. Beliau adalah orang istimewa atau sesetengah pihak menyebutnya Orang Kurang Upaya (OKU). Sebelum 2007, Haris adalah seorang lelaki yang normal, kacak, cool n pendiam serta berbakat dalam fotografi (kejenya sebagai fotografer profesional).
Tetapi takdir mengatasi segalanya... segala-galanya hanyalah pinjaman seketika oleh Maha Pencipta.
Jam 5.15 petang pada 12 Februari 2007, Allah menarik semua nikmat itu dan memberi kehidupan baru kepada Haris.

Pendek cita, Haris menjadi pesakit nuero (pecah kepala - istilah orang kampung tapi sebenarnya retak di left frontal lope (tengkorak depan dibubuh sembilan besi) selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Chegar Perah, Kuala Lipis. 3 mati dalam kejadian itu, manakala Haris koma berminggu, berkampung di hospital HUSM berbulan, hilang semua kudrat badan bertahun dan kini terus menjalani kehidupan dengan lebih tenang.....