Kembara Haris yang baru....


Wednesday, October 6, 2010

Sungai Klah Hotsprings, Sungkai, Perak


Jakuzi air panas di villa Felda Residence Sg Klah


Haris merendam kaki sambil minum air kosong


Kak Izan rebus telur untuk sarapan


Antara terapi yang digunakan untuk proses pemulihan saraf Haris adalah merendamkan badannya di air panas yang kaya dengan belerang.
Lazimnya, kami akan bawa Haris ke Sungai Serai Hulu Langat selepas solat Subuh. Rendamkan kaki hingga pinggangnya selama 15 minit kemudian siram dengan air panas dari telaga berdekatan.
Menurut pengujung setia kolam air panas Sungai Serai, mandi air panas setiap pagi mampu memberikan kesegaran dan merangsangkan saraf serta boleh membantu memulihkan anggota yang lemah. Tetapi lepas mandi di kolam air panas kene minum banyak air kosong.

Minggu lalu, kami berpeluang ke Sungai Klah, Sungkai, Perak. Dikatakan kawasan Sungai Klah adalah kawasan lingkungan air panas yang terbesar di Semenanjung dan yang paling bertuah adalah Felda kerana tanah itu milik agensi itu.
Menurut Pak Said, orang kuat Felda Residence Sungai Klah, pesakit yang lumpuh dan pelbagai penyakit sering ke sana untuk merendam dan dengan izin Allah, mereka yang bertongkat atau berkerusi roda boleh berjalan semula selepas beberapa kali ke berendam di air panas itu.
Keistimewaan Sungai Klah ini bukan hanya ada air panas tetapi ada juga algae yang katanya boleh mencantikkan kulit.
Tempatnya, tidak berapa jauh dari Kuala Lumpur dalam sejam lebih perjalanan. Kemudahan, permandangan dan penginapan bertaraf world class....



Haris bersama Pak Said, orang kuat Sungai Klah Hotspring




Jangan lupa bawa telur mentah