Haris di taman bunga Grand Paris Mosque
Inilah hasilnya....
Blog ini didedikasikan kepada seorang insan istimewa, Mohd Haris Fadzlilah Ibrahim atau nama glamernya, Haris.
Haris bukan hanya suami tercinta tetapi juga sahabat baik saya. Beliau adalah orang istimewa atau sesetengah pihak menyebutnya Orang Kurang Upaya (OKU). Sebelum 2007, Haris adalah seorang lelaki yang normal, kacak, cool n pendiam serta berbakat dalam fotografi (kejenya sebagai fotografer profesional).
Tetapi takdir mengatasi segalanya... segala-galanya hanyalah pinjaman seketika oleh Maha Pencipta.
Jam 5.15 petang pada 12 Februari 2007, Allah menarik semua nikmat itu dan memberi kehidupan baru kepada Haris.
Pendek cita, Haris menjadi pesakit nuero (pecah kepala - istilah orang kampung tapi sebenarnya retak di left frontal lope (tengkorak depan dibubuh sembilan besi) selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Chegar Perah, Kuala Lipis. 3 mati dalam kejadian itu, manakala Haris koma berminggu, berkampung di hospital HUSM berbulan, hilang semua kudrat badan bertahun dan kini terus menjalani kehidupan dengan lebih tenang.....